Kim Jong Un bertemu Putin di Rusia


Ini adalah lawatan kedua pemimpin Korea Utara Kim Jong Un (dua dari kanan) ke Rusia selepas pertemuan dengan Presiden Vladimir Putin pada April 2019. – Gambar EPA, 13 September, 2023.

PERTEMUAN pertama antara pemimpin Korea Utara Kim Jong Un dan Presiden Rusia Vladimir Putin dijangka berlangsung di kosmodrom Vostochny, Rusia, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Kim tiba di pusat angkasa lepas itu dengan menaiki kereta api khas pada pagi Rabu selepas ketibaan Putin, lapor agensi berita Rusia TASS.

The New York Times minggu lalu melaporkan bahawa Kim merancang untuk mengadakan rundingan mengenai bekalan senjata dengan Putin.

Akhbar itu mendakwa Putin berharap untuk memperoleh peluru artileri Korea Utara dan senjata anti kereta kebal, manakala Kim dikatakan mengharapkan teknologi canggih satelit dan kapal selam berkuasa nuklear serta bantuan makanan dari Moscow.

Ini adalah lawatan kedua Kim ke Rusia selepas pertemuan dengan Putin di Vladivostok pada April 2019. – Bernama, 13 September, 2023.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen