Askar veteran Australia imbas serang hendap semasa Konfrontasi


Desmond Davidson

Don Cameron adalah seorang daripada ahli kumpulan veteran tentera Australia dan New Zealand yang berkhidmat di negara ini semasa Darurat Malaya, dan di Sarawak semasa konfrontasi Malaysia-Indonesia. – Gambar The Malaysian Insight, 27 Ogos, 2023.

KETIKA lawatan tugas selama lima bulan di Sarawak semasa Konfrontasi dengan Indonesia, Don Cameron tidak banyak terlibat sebarang kejadian tetapi apabila ia berlaku, peronda tentera Australia itu berjaya menghapuskan sekumpulan 20 tentera Indonesia yang cuba menyusup masuk ke sempadan Sarawak-Kalimantan di Bau.

Serangan hendap sungai pada 1965 merupakan kejayaan terbesar Kompeni B Batalion Ketiga Rejimen Diraja Australia (3RAR), dengan Cameron adalah anggotanya, ketika mereka ditempatkan di sini.

“Kami menghapuskan mereka. Membunuh kesemuanya sekali,” kata veteran tentera yang kini berusia 83 tahun itu ketika mengimbas kembali kejadian itu.

Beliau berkata askar Indonesia itu menaiki beberapa bot dan dua platun Kompeni B berbaris di sebelah tepi tebing sungai berkenaan untuk melakukan serang hendap.

Cameron kembali ke Kuching untuk upacara esok (Isnin) bagi menyambut ulang tahun ke-57 pemeteraian perjanjian damai Malaysia-Indonesia yang menamatkan Konfrontasi.

Beliau adalah antara kumpulan veteran tentera Australia dan New Zealand yang berkhidmat di sini semasa Darurat Malaya, dan di Sarawak semasa konfrontasi Malaysia-Indonesia.

Sebahagian daripada veteran itu, ahli Persatuan Veteran Australia Borneo Inc &  Kebangsaan Malaya (NMBVAA) Cawangan Wilayah Utara dan Selatan, juga datang bersama keluarga mereka.

Mereka akan diberi penghormatan dalam Gabungan Perkhidmatan Peringatan Australia - New Zealand untuk memperingati rakan seperjuangan yang gugur dan askar Komanwel dalam dua kempen ketenteraan pasca Perang Dunia II (WWII) di Taman Memorial Pahlawan di Kuching esok oleh rakan tentera dan polis Malaysia dan Komanwel.

Pelbagai acara disusun yang dijangka turut dihadiri Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Abdul Karim Hamzah juga dijangka hadir

Selepas menyertai tentera tetap Australia pada 1962, Cameron, yang berasal dari Adelaide, dikerahkan ke Kem Terendak di Melaka pada Disember tahun yang sama untuk berkhidmat dengan Simpanan Strategik Timur Jauh Komanwel British.

Pada 1965 – dua tahun selepas Konfrontasi – Cameron dan ketiga-tiga kompeni 3RAR diarah ke Sarawak di mana batalion itu menjalankan rondaan menangani pemberontakan di sepanjang 32km sempadan.

Konflik bersenjata, sering digambarkan sebagai perang yang tidak diisytiharkan, berlangsung dari 20 Januari 1963 hingga 11 Ogos 1966.

Cameron, ketika itu berusia 23 tahun, diterbangkan ke Kuching dari Singapura sebagai sebahagian daripada pasukan utama pada 15 Februari, sementara selebihnya dikerahkan ke Kuching menaiki kapal tentera Tentera Laut Diraja pada 23 Mac.

Cameron berkata tidak berpeluang mengenali Kuching ketika kali pertama tiba di Sarawak.

Disebabkan kerahsiaan operasi dan tidak mahu askar Indonesia tahu kedatangan mereka, beliau berkata semasa mendarat di Kuching, beliau dan pasukannnya segera diarah menaiki helikopter untuk dihantar terus ke lokasi berhampiran sempadan.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen