Veteran tentera Australia peringati rakan seperjuangan gugur dalam kempen ketenteraan Malaysia


Desmond Davidson

Veteran tentera Australia yang berkhidmat pasca Perang Dunia Kedua hadir di Kuching untuk memperingati ulang tahun perjanjian damai Malaysia-Indonesia yang dimeterai pada 1966. – 24 Ogos, 2023.

SEKUMPULAN veteran tentera Australia, yang pernah berkhidmat di Malaya semasa Darurat dan Sarawak semasa konfrontasi Indonesia, berada di Kuching untuk upacara memperingati ulang tahun ke-57 pemeteraian perjanjian damai Malaysia-Indonesia yang menamatkan konfrontasi.

Sebahagian daripada veteran, ahli Persatuan Veteran Malaya & Borneo Kebangsaan Australia Inc cawangan Australia Selatan & Wilayah Utara, hadir bersama keluarga mereka.

Bagi segelintir orang, kembali ke Kuching akan membawa mereka mengimbas kembali kenangan kerana ini merupakan lawatan pertama mereka kembali ke Sarawak sejak mereka hadir sebagai tentera dan bersenjata untuk memerangi Indonesia.

Sebahagian daripada veteran itu adalah dari Rejimen Diraja Australia Ke-3 yang mempunyai tiga kompeni ditempatkan di sepanjang 16km sempadan Sarawak – Kalimantan di Bau.

Mereka akan menyertai Gabungan Perkhidmatan Peringatan Australia - New Zealand untuk memperingati rakan seperjuangan dan askar Komanwel yang gugur dalam dua kempen ketenteraan pasca Perang Dunia ke 2 di Makam Perwira di Kuching pada Isnin oleh rakan sekerja tentera dan polis Malaysia dan Komanwel mereka.

Sebelas anggota tentera Australia terbunuh dalam pertempuran semasa Konfrontasi - tiga selepas dipindahkan dari Sarawak.

Pada 2016, NMBVAA Cawangan Australia Selatan memasang plak peringatan di Makam Perwira yang menyenaraikan nama kesemua 11 warga Australia yang terkorban.

Upacara memperingati ini diatur oleh Jawatankuasa Pembangunan Warisan Sarawak dengan sokongan tabung warisan, seni dan budaya.

Darurat adalah ‘perang tidak diisytiharkan’ untuk meghapuskan pemberontakan komunis di semenanjung sejurus selepas tamat Perang Dunia 2, antara 16 Jun 1948 dan 31 Julai 1960 manakala Konfrontasi Indonesia adalah satu lagi perang yang tidak diisytiharkan yang berlaku dari Januari 1963 hingga Ogos 1966.

Unit Australia dan New Zealand bertempur di Borneo dan Malaya sebagai sebahagian daripada pasukan British dan Komanwel yang lebih besar di bawah perintah British secara keseluruhan. – 24 Ogos, 2023.

Berita penuh di sini. 
 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen