India negara pertama daratkan kapal angkasa di kutub selatan bulan


Tangkap layar dari laman web Pertubuhan Penyelidikan Angkasa India (ISRO) menunjukkan kapal angkasa Chandrayaan-3 beberapa saat sebelum berjaya mendarat di bulan di kutub selatan bulan semalam. – Gambar AFP, 24 Ogos 2023.

INDIA semalam menjadi negara pertama mendaratkan kapal angkasa di kutub selatan bulan yang sebahagian besarnya belum diterokai.

Misi ke bulan Chandrayaan-3 telah dilancarkan pada 14 Julai. 

Modul pendaratnya terpisah daripada sistem pendorongan beberapa hari dan pendaratan “lancar”, atau terkawal, bermula pada 5.44 petang waktu India semalam.

“Chandrayaan-3 telah berjaya mendarat di bulan,” Pertubuhan Penyelidikan Angkasa India (ISRO) mengumumkan.

Perdana Menteri India Narendra Modi mengucapkan tahniah kepada agensi angkasa lepas dan saintis di atas pencapaian itu, sambil berkata seluruh negara sedang meraikan detik bersejarah berkenaan. – Bernama, 24 Ogos 2023.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen