Bekas PM Finland Alexander Stubb cadang tanding jawatan presiden


Bekas perdana menteri Finland Alexander Stubb semalam umum akan bertanding dalam pemilihan presiden pada 28 Januari tahun depan. – Gambar AFP, 17 Ogos 2023.

BEKAS perdana menteri Finland Alexander Stubb, 55, pada sidang media di Helsinki semalam berkata beliau merancang untuk bertanding jawatan presiden pada pemilihan akan datang.

Parti Gabungan Kebangsaan konservatif mengumumkan pada Isnin bahawa Stubb menjadi calon parti berkenaan bagi pilihan raya presiden pada 28 Januari 2024, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Beberapa tokoh berprofil tinggi sebelum ini membuat kenyataan untuk bertanding menggantikan Presiden Sauli Niinistö, yang tidak lagi dibenarkan bertanding semula selepas dua penggal memegang jawatan.

Speaker Parlimen populis berhaluan kanan Jussi Halla-aho turut dipilih beberapa hari lalu sebagai calon parti The Finns.

Bekas menteri luar negeri Pekka Haavisto dan bekas pesuruhjaya monetari EU Olli Rehn adalah antara mereka yang turut menyuarakan hasrat untuk bertanding. – Bernama, 17 Ogos 2023.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen