Kekangan kewangan, Gerakan berkempen melalui media sosial


Angie Tan

CALON Gerakan dalam pilihan raya di enam negeri perlu betul-betul berjimat, menyesuaikan diri dan menggunakan sumber kewangan yang mereka ada dengan berkesan selepas tidak mendapat dana kempen daripada Perikatan Nasional.

Tiada lagi cara kempen tradisi yang memerlukan wang bagi mencetak kemeja-T dan topi untuk digunakan oleh pekerja kempen, bendera, sepanduk, poster dan risalah.

Mereka terpaksa menyesuaikan diri dan menggunakan pelbagai platform media sosial yang agak murah untuk mendekati pengundi mereka.

“Satu-satunya perkara yang Perikatan Nasional berikan kepada kami ialah pemacu kilat yang mengandungi daftar pemilih kawasan masing-masing,” kata calon Gerakan Kota Kemuning Jimmy Chew Jyh Gang kepada The Malaysian Insight.

“Itu sahaja. Setiap sen yang kami belanjakan, deposit pencalonan kami, dan bahan publisiti mutlak yang perlu kami cetak semuanya keluar dari poket kami,” kata Chew yang bertanding tiga penjuru dengan calon Parti Rakyat Malaysia (PRM) K Gunasekaran Kuppan dan Preakas Sampunathan Pakatan Harapan (PH).

Apa yang mengecewakan ialah Chew dan semua calon Gerakan tidak pasti sama ada PN atau partinya akan membayar balik mereka nanti.

Dengan keadaan kewangan yang terhad, Chew berkata bahan publisiti tidak dicetak dalam kuantiti yang banyak dan sepanduk, bendera dan poster yang dicetaknya hanya digantung berhampiran dengan pusat mengundi. Risalah juga tidak dicetak dalam jumlah besar atas sebab yang jelas.

Kebanyakan kawasan perumahan di Kota Kemuning adalah komuniti yang mempunayi kawalan keselamatan, katanya, dan pengawal di sana tidak membenarkan pekerja kempen melakukan kempen dari rumah ke rumah.

Untuk mengelak semua masalah ini, Chew berkata beliau dan rakan-rakan calonnya terpaksa menggunakan pelbagai platform media sosial - Facebook, Instagram dan Tik Tok - untuk meraih pengundi.

“Mengambil kesempatan daripada medium baharu adalah satu-satunya cara untuk kami mengendalikan kempen pilihan raya ini dengan cara yang paling cekap.” – 10 Ogos, 2023.

Berita penuh di sini. 



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen