BAPA kepada seorang kanak-kanak perempuan berusia 3 tahun yang kedua-duanya mengalami serangan jantung pada Ahad dalam kejadian di sebuah taman tema air di selatan Perancis disahkan meninggal dunia, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
“Dengan rasa sedih, saya mengetahui pada lewat petang, bapa kanak-kanak itu tidak terselamat,” kata Datuk Bandar Saint-Maximin-la-Sainte-Baume, Alain Decanis di Facebook, hari ini.
Bagaimanapun, beliau tidak memberikan sebarang maklumat mengenai keadaan kanak-kanak itu.
France Info turut melaporkan kematian lelaki berkenaan, memetik sumber dipercayai.
Mangsa, 35 dan anak perempuannya berada di atas struktur gelembung udara besar yang diterbangkan angin, kata pasukan bomba tempatan pada Ahad.
Kedua-dua mangsa mengalami serangan jantung.
Pasukan penyelamat membantu mereka dan dibawa keluar dengan helikopter ke hospital di Marseille.
Seorang saksi memberitahu stesen penyiar RMC, gelongsor itu diterbangkan angin.
Menurut Info France, struktur berukuran panjang dan lebar 20 meter (m) itu diterbangkan kira-kira 50 m semasa kejadian. – Bernama, 31 Julai, 2023.
Komen