Kebakaran di Jakarta, 1,000 penduduk hilang tempat tinggal


Kebakaran di kawasan kejiranan di Penjaringan, utara Jakarta berlaku pada 9.20 malam waktu tempatan, memusnahkan 400 kediaman di Vikamas Selatan dekat Kapuk Muara. – Gambar EPA, 31 Julai, 2023.

SEKURANG-KURANGNYA 1,000 orang daripada 200 keluarga hilang tempat tinggal selepas kebakaran melanda kawasan kejiranan di Penjaringan, utara Jakarta pada Ahad malam.

Kebakaran yang berlaku pada 9.20 malam waktu tempatan, memusnahkan 400 kediaman di Vikamas Selatan dekat Kapuk Muara, menurut agensi mitigasi bencana tempatan (BPBD Jakarta).

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan manakala pasukan penyiasat kini menjalankan siasatan bagi menentukan punca kebakaran.

BPBD Jakarta menghantar bekalan termasuk air, tilam, kit keluarga, pakaian, khemah dan selimut kepada mereka yang memerlukan di pusat perlindungan kecemasan.

Kebakaran berlangsung selama beberapa jam sebelum 140 anggota bomba bersama 25 jentera dari seluruh daerah berjaya memadam api sekitar jam 11.49 malam.

Ketua Balai Bomba Jakarta Utara Abdul Wahid berkata pihaknya mengambil masa yang lama untuk memadamkan kebakaran kerana tiada punca bekalan air dan dimarakkan lagi dengan tiupan angin. – Bernama, 31 Julai 2023.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen