3 cedera insiden tembakan karnival di Rotterdam


Dua kejadian tembakan berlaku pada karnival tahunan musim panas di bandar pelabuhan Rotterdam, Belanda pada Sabtu. – Gambar Twitter, 30 Julai, 2023.

DUA kejadian tembakan berlaku pada karnival tahunan musim panas di bandar pelabuhan Rotterdam, Belanda dengan satu daripada insiden menyebabkan tiga orang cedera termasuk penyerang, lapor agensi berita Sputnik memetik media Belanda.

Pada Sabtu, seorang lelaki tidak dikenali melepaskan beberapa das tembakan ke arah pengunjung festival itu tetapi tiada kecederaan dilaporkan, menurut polis.

Kemudian seorang lagi lelaki melepaskan tembakan di laluan yang sama.

Anggota polis yang berada di situ melepaskan tembakan ke arah penyerang menyebabkan penyerang dan seorang wanita cedera.

Susulan insiden itu, polis Rotterdam menahan tiga orang, menurut badan penyiaran Dutch Broadcasting Foundation. – Bernama, 30 Julai, 2023.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen