6 maut bar karaoke di Uzbekistan terbakar, 7 cedera


KEBAKARAN di sebuah bar karaoke di bandar Fergana, Uzbekistan ragut enam nyawa, manakala tujuh lagi cedera, menurut pihak berkuasa pada Sabtu. 

Bar karaoke itu terletak di ruang bawah tanah di sebuah bangunan empat tingkat di bandar Fergana dan pihak berkuasa mengambil masa sejam untuk memadamkan kebakaran. 

Menurut kementerian itu, satu suruhanjaya khas telah dihantar untuk menyiasat punca kejadian dan membantu mangsa. – Bernama, 30 Julai 2023.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen