Kumpulan gesa mansuh hukuman sebat


Kumpulan berkenaan menggesa kerajaan memansuhkan hukuman sebat atau rotan.– Gambar fail The Malaysian Insight, 28 Julai, 2023.

SEKUMPULAN  25 pertubuhan masyarakat sivil menggesa kerajaan memansuhkan hukuman sebat atau rotan.

Mereka berkata bentuk hukuman ini tidak berperikemanusiaan, menjatuhkan maruah dan melanggar hak asasi manusia.

Mereka juga berkata sebat atau rotan wujud sebagai hukuman bagi lebih 50 kesalahan jenayah yang berbeza, dan banyak kali sebagai hukuman mandatori, di Malaysia.

“Sebatan keseksaan adalah jauh lebih teruk daripada hukuman rotan yang biasa dikenakan oleh undang-undang Islam di Malaysia.

“Warga asing dan/atau pekerja asing yang miskin dan/atau pekerja asing adalah mangsa terbesar sebatan di Malaysia,” kata CSO dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut mereka bentuk hukuman ini mula diperkenalkan oleh British pada abad ke-19.

“Banyak negara telah pun memansuhkan hukuman sebat sebagai hukuman daripada undang-undang mereka, seperti India dan United Kingdom. Pada April 2020, dilaporkan bahawa Arab Saudi juga memansuhkan sebatan sebagai satu bentuk hukuman,” kata kumpulan itu.

Bagaimanapun di Malaysia ia masih digunakan secara meluas termasuk sebagai hukuman mandatori, tambah mereka.

Kumpulan itu memberi contoh Akta Imigresen yang dipinda pada 2002 untuk memasukkan hukuman sebat bagi pendatang tanpa izin, selain hukuman penjara dan denda.

Mereka menambah Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 yang diluluskan baru-baru ini yang memperuntukkan alternatif kepada hukuman mati kini juga telah mengukuhkan hukuman dengan sebat.

“Ini bermakna jika seseorang itu tidak dijatuhkan hukuman mati, tetapi dipenjarakan maka hakim tidak mempunyai pilihan selain menjatuhkan hukuman sebat sekurang-kurangnya 12 kali.

“Parlimen menghapuskan budi bicara hakim untuk tidak menjatuhkan hukuman sebat dengan menjadikan hukuman itu mandatori.”

CSO berkata gesaan untuk pemansuhan sebat sebagai hukuman telah lama dibuat di Malaysia, termasuk oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia.

Malahan Ahli parlimen Pasir Gudang Hassan Karim, telah menggesa hukuman rotan “sadis, primitif dan tidak berperikemanusiaan” dimansuhkan, kata kumpulan itu.

“Kami meminta kerajaan perpaduan pimpinan Pakatan Harapan yang dipimpin oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim, jika komited terhadap hak asasi manusia, akan segera memansuhkan sebat dan hukuman dera di Malaysia, yang merupakan bentuk penyeksaan diiktiraf di peringkat antarabangsa,” kata mereka.

Kata mereka sebagai permulaan, kerajaan boleh mengenakan moratorium serta-merta ke atas hukuman sebat sementara menunggu pemansuhan.

Kumpulan itu juga menyeru Malaysia untuk meratifikasi Konvensyen PBB menentang Penyeksaan dan Layanan atau Hukuman Lain yang Kejam, Tidak Berperikemanusiaan atau Menghina.

Kumpulan terbabit adalah:

  1. Aliran
  2. Malaysians Against Death Penalty and Torture
  3. Guatemala-based Association of Domestic and Maquila Workers 
  4. Australians Against Capital Punishment
  5. Black Women for Wages for Housework
  6. International Building and Wood Workers International
  7. German Coalition to Abolish the Death Penalty
  8. Global Women’s Strike
  9. Haiti Action Committee
  10. International Women’s Rights Action Watch
  11. Japan Innocence and Death Penalty Information Centre
  12. India-based Lawyers Collective
  13. UK-based Legal Action for Women
  14. Malaysian Physicians for the Prevention of War
  15. Migrant Care 
  16. MAP Foundation (Thailand) 
  17. North South Initiative
  18. Payday men’s network (UK/US) 
  19. Malaysian Academic Movement
  20. Redemption (Pakistan) 
  21. Sabah Plantation Industry Employees Union
  22. Sarawak Dayak Iban Association
  23. Women of Colour/Global Women’s Strike (AS)
  24. Workers Hub For Change. – 28 Julai, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen