DALAM pilihan raya awal Sepanyol, kerajaan berhaluan kiri pimpinan Perdana Menteri Pedro Sánchez berisiko kehilangan majoriti pada Ahad, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Menurut kajian, parti konservatif Parti Rakyat (PP) berkemungkinan besar memenangi pilihan raya terbabit meskipun tidak memperoleh majoriti mutlak.
Pemimpin pembangkang konservatif Alberto Núñez Feijóo dilihat perlu membentuk kerajaan dengan bantuan parti populis sayap kanan, Vox.
Parti konservatif Sepanyol tidak menolak untuk bekerjasama dengan parti populis sayap kanan dan sebelum ini telah membentuk kerajaan bersama Vox di peringkat negeri
Dalam pilihan raya peringkat negeri dan tempatan pada 28 Mei, Parti Pekerja Sosialis (PSOE) Sánchez dan parti-parti berhaluan kiri mengalami kekalahan yang tidak dijangka.
Akibatnya, Sánchez mengadakan pilihan raya Parlimen yang dirancang pada akhir tahun. – Bernama, 23 Julai, 2023.
Komen