KREMLIN berkata “tiada asas” untuk kemungkinan dialog dengan Kyiv bagi mencapai penyelesaian diplomatik dalam perang antara Rusia dan Ukraine.
“Hari ini tiada prasyarat untuk perjanjian. Lebih-lebih lagi hari ini tiada asas bahkan yang rapuh untuk mengadakan sebarang dialog,” kata jurucakap Kremlin Dmitry Peskov dalam temu bual dengan saluran TV Rossiya-1 semalam.
Menurut Agensi Anadolu, Peskov menyenaraikan tiga sebab kekurangan asas sedemikian antaranya termasuk “keengganan” Ukraine untuk mengadakan rundingan.
Beliau berkata Ukraine juga tidak dibenarkan mengadakan rundingan oleh “pengendalinya”.
Sebagai reaksi kepada komen Peskov, penasihat presiden Ukraine, Mykhailo Podolyak berkata di Twitter bahawa sebarang rundingan dengan pentadbiran semasa Rusia adalah “mustahil”, “tiada guna, berbahaya dan membawa maut”.
“Tiada ‘asas’ ‘kerapuhan Rusia’, Indonesia, Brazil atau Afrika untuk ini sama sekali. Penceroboh mesti keluar dari wilayah asing setelah kehilangan tenteranya sendiri dan reputasi negara yang perlu digeruni,” kata Podolyak. – Bernama, 12 Jun, 2023.
Komen