POLIS menutup pusat Moscow dan bandar-bandar lain ketika penunjuk perasaan turun ke jalan di seluruh Rusia menuntut pembebasan pengkritik Kremlin yang dipenjarakan, Alexei Navalny.
Beratus-ratus polis dengan peralatan rusuhan berbaris di jalan-jalan di ibu kota dari awal pagi Ahad, menyekat pergerakan pejalan kaki.
Dalam langkah yang jarang berlaku itu, pihak berkuasa bandar Moscow juga menutup beberapa stesen Metro dan mengalihkan pengangkutan darat.
Penyokong pembangkang menyeru demonstrasi pada hujung minggu kedua setelah berpuluh-puluh ribu tunjuk perasaan di seluruh negara atas penangkapan penentang Presiden Vladimir Putin yang paling terkenal.
Dengan tunjuk perasaan yang bermula di Moscow dan Saint Petersburg, pemantau bebas OVD-Info berkata, sekurang-kurangnya 650 orang telah ditahan di seluruh Rusia.
Badan pemantau itu melaporkan lebih daripada 4,000 penahanan dibuat semasa tunjuk perasaan hujung minggu lalu.
Navalny ditahan di lapangan terbang Moscow pada pertengahan Januari setelah terbang kembali ke Rusia dari Jerman di mana beliau pulih dari keracunan dikatakannya datang dari Kremlin.
Pejuang anti-rasuah yang berusia 44 tahun itu ditahan di sebuah pusat tahanan di Moscow dan kemungkinan dipenjarakan atas beberapa kes jenayah. – AFP, 31 Januari, 2021.
Komen