KREMLIN pada Rabu berkata pihaknya akan mempertimbangkan cadangan Presiden Amerika Syarikat Joe Biden untuk mengadakan pertemuan dengan Presiden Rusia Vladimir Putin.
Menerusi panggilan telefon, Biden mencadangkan dua pemimpin itu mengadakan persidangan dalam masa terdekat.
“Terlalu awal untuk bercakap mengenai terma pertemuan ini secara spesifik. Ini adalah cadangan baharu dan ia akan dikaji,” kata jurucakap Putin, Dmitry Peskov kepada pemberita.
Tambahnya masih belum ada agenda untuk persidangan itu namun menyatakan tanpa diragui bahawa hubungan dua hala adalah penting terutamanya dalam kepentinggan dua pihak.
Ketegangan antara Moscow dan Washington semakin memuncak sejak beberapa minggu lalu, dengan Rusia meningkatkan jumlah tenteranya di sempadan Ukraine, yang mana tentera kerajaan memerangi pemuak pemisah pro-Rusia sejak penghapusan Crimea pada tahun 2014.
Amerika Syarikat dan sekutunya menggesa Moscow untuk menarik balik pasukan tenteranya.
“Kami menganggap kebimbangan semua pihak - termasuk Amerika Syarikat - mengenai pergerakan angkatan bersenjata kami di wilayah Rusia tidak berasas,” kata Peskov.
Kremlin berulang kali menafikan penglibatannya dalam konflik yang berlarutan sejak sekian lama dan menolak dakwaan pihaknya menyokong puak pemisah. – AFP, 14 April, 2021.
Komen