Kerajaan Laos berusaha rancakkan semula sektor pelancongan 


Kabinet Laos mengarahkan kerajaan negeri untuk bekerjasama dengan pengusaha pelancongan dan perkhidmatan.– Gambar Youtube, 25 Mei, 2023.

KABINET Laos mengarahkan kerajaan negeri untuk bekerjasama dengan pengusaha pelancongan dan perkhidmatan bagi merancakkan semula industri pelancongan dan meningkatkan ekonomi, lapor Xinhua.

Semasa mesyuarat bulanan pada Rabu, Kabinet meminta kerajaan negeri untuk mengadakan perbincangan dengan pengusaha pelancongan dan berkongsi idea serta aktiviti yang akan dianjurkan semasa Tahun Melawat Laos 2024.

Dipengerusikan oleh Perdana Menteri Laos Sonexay Siphandone, mesyuarat itu menggesa agar industri pelancongan yang menjadi pemacu ekonomi dan penyumbang utama wang asing bagi Laos, dikukuhkan kembali, Lao National TV melaporkan pada Khamis.

Kerajaan Laos berharap Tahun Melawat Laos 2024 akan menjadi dorongan besar kepada pemulihan industri pelancongan pasca-pandemik dan meningkatkan ekonomi Laos di tengah-tengah pergolakan global.

Negara itu sedang bersiap sedia mengalu-alukan kemasukan pelancong asing pada 2023.

Kerajaan kini berusaha membangunkan kembali tempat tarikan pelancongan semula jadi, budaya, sejarah dan pertanian. 

Beberapa organisasi media telah meletakkan Laos sebagai antara destinasi pelancongan utama dunia untuk 2023. – Bernama, 25 Mei, 2023.


 


 



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen