INFLASI di Laos meningkat kepada 38.46% tahun ke tahun pada November daripada 36.75% pada Oktober, menurut laporan dikeluarkan Biro Perangkaan Laos pada Isnin.
Harga bahan api dan barangan pengguna yang lebih tinggi serta penyusutan nilai mata wang Lao yang berterusan adalah antara faktor utama yang mendorong inflasi, lapor Xinhua.
Kenaikan harga minyak memberi kesan kepada indeks harga pengangkutan, mendorong kenaikan harga barangan yang bergantung kepada bahan api untuk pengeluaran atau pengangkutannya.
Menurut laporan itu, kos dalam kategori komunikasi dan pengangkutan meningkat 55.4% tahun ke tahun pada November.
Harga makanan dan minuman bukan alkohol melonjak 42.3%. Kos kategori hotel dan restoran meningkat 30.9%.
Selain itu, kos kategori perumahan melonjak 30.41% manakala kos rawatan perubatan dan ubat-ubatan meningkat 42%.
Kenaikan harga merentasi semua jenis produk menyukarkan orang awam, terutama mereka yang bergaji rendah. – Bernama, 5 Disember, 2022.
Komen