Pasaran getah ditutup rendah


PASARAN getah ditutup rendah hari ini dalam dagangan merosot berikutan sentimen yang lebih berwaspada terhadap keputusan mesyuarat bank pusat yang akan datang, kata seorang peniaga.

Bagaimanapun, beliau berkata penyusutan selanjutnya dikekang oleh peningkatan pasaran niaga hadapan getah serantau, kestabilan harga minyak dan kelemahan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

“Peserta pasaran diramal memantau pengeluaran data ekonomi kerajaan AS bagi isyarat perkembangan ekonomi global,” katanya kepada Bernama hari ini.

Sementara itu, niaga hadapan getah Jepun menokok pada Selasa, menjejaki peningkatan di pasaran Shanghai dan inventori yang semakin susut.

Harga Lembaga Getah Malaysia (LGM) untuk Getah Mutu Malaysia (GMM) 20 merosot 1.0 sen kepada 606 sen sekilogram, manakala susu getah pukal turun 1.5 sen kepada 487.50 sen sekilogram.

Pada 5 petang, harga rujukan bagi getah fizikal GMM 20 berada pada 605 sen sekilogram manakala susu getah pukal pada 486.5 sen sekilogram. – Bernama, 25 April, 2023.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen