Istana Negara nafi keluar kenyataan isu integriti perkhidmatan awam 


Istana Negara memaklumkan pihaknya tidak mengeluarkan kenyataan sedemikian.– Gambar fail The Malaysian Insight, 18 April, 2023.

ISTANA Negara hari ini menafikan ada mengeluarkan kenyataan media berhubung isu integriti perkhidmatan awam seperti yang tular di media sosial hari ini.

Menerusi catatan di Facebook, Istana Negara memaklumkan pihaknya tidak mengeluarkan kenyataan sedemikian.

“Adalah dimaklumkan bahawa Istana Negara tidak mengeluarkan kenyataan media seperti yang dipaparkan dan yang telah tular di media sosial, hari ini.

“Orang ramai dinasihati agar tidak menyebar atau berkongsi lanjut kenyataan palsu itu menerusi mana-mana platform media,” menurut catatan itu. – Bernama, 18 April, 2023.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen