Dana pencen yakin anak syarikat 1MDB dapat bayar kembali pinjaman RM4 bilion


Sheridan Mahavera

KUMPULAN Dana Persaraan Penjawat Awam, KWAP, yakin pinjaman bernilai RM4 bilion yang diberikan kepada SRC International, anak syarikat sarat hutang 1Malaysian Development Berhad (1MDB) akan dibayar kembali.

Anak syarikat itu, masih membayar secara berkala faedah pinjaman kepada KWAP setiap enam bulan, kata Ketua Pegawai Eksekutif KWAP Wan Kamaruzaman Wan Ahmad.

SRC International dijadualkan akan mula membayar teras pinjaman itu September tahun ini, Wan Kamaruzaman memberitahu wartawan hari ini.

“Mereka masih membayar (pinjaman) jadi tiada masalah dan pinjaman itu dijamin kerajaan. Jadi kami tidak bimbang yang mereka (membayar) kerana mereka masih melakukan bayaran faedah pinjaman secara berkala setiap 6 bulan.

“Mereka akan mula membayar pinjaman teras tahun ini, September nanti,” kata Kamaruzaman selepas pelancaran pejabat baru KWAP bersama-sama Perdana Menteri Najib Razak, yang mempengerusikan lembaga penasihat 1MDB.

Persoalan timbul samada pinjaman RM 4 bilion itu akan dibayar setelah SRC International terperangkap dalam siasatan menyelubungi skandal kewangan 1MDB pada pertengahan 2015.

Dilaporkan yang RM42 juta disalurkan daripada KWAP dan dimasukkan kedalam akaun peribadi Najib. Bagaimanapun Najib menafikan wujudnya salah laku dan Peguam Negara Apandi Ali juga membebaskan Najib daripada semua dakwaan.

Baru-baru ini, Sarawak Report mendakwa RM9.5 juta yang dicuri daripada KWAP dipindahkan daripada akaun Najib kepada akaun peguam terkenal Umno Shafee Abdullah pada 2013 dan 2014.

Laporan itu mencetuskan bantatah gabungan pembangkang, Pakatan Harapan yang mendakwa pemindahan itu berlaku ketika Shafee dilantik menjadi pendakwaraya khas dalam kes perbicaraan liwat bekas ketua pembangkang Anwar Ibrahim. – 5 Jun, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen