Meta buang buang lagi 10,000 pekerja


Ketua Pegawai Eksekutif Mark Zuckerberg berkata Meta akan membuang 10,000 pekerja dalam beberapa bulan akan datang. – Gambar EPA, 15 Mac, 2023.

PEMILIK Facebook Meta mengumumkan gelombang baru pemberhentian kerja semalam sebagai sebahagian daripada apa yang dikatakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Mark Zuckerberg sebagai “tahun kecekapan” syarikat ketika sektor teknologi AS terus mengecil.

Dalam emel kepada pekerja Zuckerberg berkata Meta akan membuang 10,000 pekerja dalam beberapa bulan akan datang dan 5,000 peluang pekerjaan tambahan yang ditawarkan sebelum ini akan dibatalkan.

Pembuangan 10,000 pekerja itu dibuat selepas 11,000 pekerja diberhentikan sebelum ini yang diumumkan syarikat pada November tahun lepas.

Dengan pengumuman kedua berkenaan syarikat yang berpangkalan di California itu akan membuang kira-kira 25 peratus tenaga kerjanya dalam masa empat bulan sahaja.

Pada Januari, pengasas Meta itu memberitahu penganalisis bahawa beliau akan memberi tumpuan untuk menjadikan syarikat itu “organisasi yang lebih kukuh dan lincah.”

Meta berdepan 2022 yang sukar di tengah-tengah iklim ekonomi meruncing yang memaksa pengiklan untuk mengurangkan pemasaran dan perubahan privasi data Apple. – AFP, 15 Mac, 2023.


 



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen