Judi ancaman serius di kolej, kata badan pemantau


Angie Tan

Berita pelajar UTAR kampus Sungai Long berjudi secara terbuka tular di media sosial. – Gambar fail The Malaysian Insight, 8 Mac, 2023.

MASALAH perjudian dalam kalangan pelajar di kolej semakin serius, kata Gamblers Rehab Centre (GRC), yang menggesa institusi pembelajaran dan ibu bapa membantu membendung ancaman itu sebelum ia sukar dikawal.

Presiden GRC Wawa Lim memberitahu The Malaysian Insight sejak berita mengenai pelajar Universiti TAR (UTC) di kampus Sungai Long berjudi secara terbuka tular di media sosial, ia mencetus perhatian dan perbincangan hangat.

Beliau berkata GRC menerima laporan kes pelajar kolej berjudi di kawasan kampus dan akhirnya berhutang ribuan ringgit.

“Ini nampaknya menjadi fenomena yang semakin ‘biasa’, kerana pertama, dunia Internet terlalu maju dan pelajar boleh menyerap maklumat perjudian dengan mudah.

“Kemudian mereka akan berkongsi pengalaman perjudian dalam talian dengan rakan sekuliah mereka selepas menjadi ketagih dan kemudian setiap orang menyertainya bersama-sama,” kata Lim.

Beliau berkata selain bergantung kepada institusi pengajian untuk mengambil langkah lebih tegas, ibu bapa juga perlu memainkan peranan.

“Institusi pengajian boleh mengambil langkah tegas, seperti pemotongan mata (penilaian) jika ditangkap, atau sama ada akan dibuang tetapi yang lebih penting, ibu bapa perlu menunjukkan contoh,” katanya.

“Kebanyakan mereka berjudi di rumah, jadi kanak-kanak belajar berjudi. Kami juga cuba bertanya kepada ibu bapa dan jawapan yang kami dapat kanak-kanak berbeza dengan orang dewasa.

“Ibu bapa harus sedar anak-anak belajar berjudi kerana mereka melihat ibu bapa mereka berjudi,” tambahnya.

Setiausaha Perikatan Pelajar Baharu Malaysia (NESA) Liow Pin Chun bagaimanapun percaya perjudian bukanlah perkara biasa di institusi pengajian.

“Saya tidak pernah melihat aktiviti perjudian di kolej dan orang di sekeliling saya tidak mempunyai tabiat berjudi,” katanya.

Liow, yang juga bekas presiden Persatuan Belia Baharu Universiti Malaya (UMANY), menegaskan institusi pengajian mempunyai peraturan yang menetapkan aktiviti yang melanggar undang-undang.

“Setahu saya, institusi pengajian meluluskan aktiviti itu, jadi mereka sepatutnya membaca cadangan mereka sebelum meluluskannya.

“Jadi, sama ada (pertandingan) benar-benar membabitkan judi atau tidak, semua perkara itu perlu disiasat oleh universiti,” katanya.

Wakil pelajar berkata, berjudi dan membakar mercun haram tetapi orang ramai tetap melakukannya semasa perayaan besar. – Gambar fail The Malaysian Insight, 8 Mac, 2023.

Selain itu, wakil Belia Baharu Persatuan TAR Wong Yan Zhi berkata insiden perjudian pelajar atau perjudian beramai-ramai tidak seharusnya diperbesarkan.

“Walaupun berjudi dan membakar mercun adalah haram, orang ramai tetap melakukan perkara ini semasa perayaan besar.

“Ini juga membuktikan undang-undang sudah tidak sesuai untuk masyarakat Malaysia. Kabinet juga menghalalkan perbuatan membakar mercun.

“Perjudian jelas haram, tetapi selagi ia tidak merugikan atau menjejaskan orang lain, ia hanya untuk hiburan semata-mata.

“Saya secara peribadi berpendapat aktiviti riadah peribadi tidak harus diketepikan. Sama ada wang terbabit, ia juga terpulang kepada individu,” katanya.

Wong bagaimanapun menegaskan ia tidak bermakna orang ramai digalakkan untuk berjudi.

Beliau juga percaya tiada kaitan langsung antara perjudian di kampus dengan ketegasan pengurusan di institusi pengajian.

“Sebagai contoh, kerajaan juga melarang keras membakar mercun sebelum ini, tetapi masih ramai yang membakar mercun secara haram, jadi ini tiada kena mengena sama ada penguatkuasaan itu tegas atau tidak.”

Universiti TAR, melalui pejabat pendaftarnya, mengeluarkan kenyataan pihak universiti akan menyiasat kejadian perjudian dengan segera.

Sekolah mempunyai peraturan yang ketat mengenai perjudian. Perjudian adalah dilarang sama sekali.

“Pihak sekolah berharap semua pihak memahami dan membiarkan pihak universiti menjalankan siasatan mengikut prosedur tanpa gangguan.”

Menurut hantaran yang tular di media sosial, seorang pelajar menggunakan “pertandingan matematik” untuk menarik pelajar berjudi secara terbuka.

Pelajar itu juga mempromosikan acara itu di media sosial sebelum ini dan menulis: “Kebolehan matematik sangat penting kepada usahawan, jadi persatuan ini memutuskan untuk mengadakan pertandingan matematik.” – 8 Mac, 2023.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen