Dr Mahathir kata MIC punca masalah orang India


Chan Kok Leong Kamles Kumar

Dr Mahathir berkata politik MIC telah menjejaskan perwakilan masyarakat itu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Farhan Nazmi, 14 Mac, 2018.

DR Mahathir berkata tidak adil mengatakan beliau tidak berbuat apa-apa untuk masyarakat India ketika menjadi perdana menteri dahulu.

“Apa pun, kami lakukan mengikut apa yang MIC minta. Dan kami ikut. Malangnya, MIC tidak dapat mengguna apa yang telah diwujudkan atau dana yang diberi kepada mereka dengan cara yang betul. Dan ia nampak macam saya tak buat apa-apa.

“MIC terbitkan sebuah buku yang mengatakan saya buat macam-macam untuk orang India. Tak semua yang anda minta diberi oleh saya. Tetapi apa yang telah diminta oleh MIC dipatuhi,” kata pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu.

Beliau berkata MIC pada masa dahulu tidak membenarkan parti-parti India menyertai Barisan Nasional (BN) sehingga menyebabkan berlaku monopoli.

“Hanya ada seorang pemimpin India. Dia ada di sana ketika saya masuk dan masih di sana selepas saya pergi.

“Semasa saya jadi perdana menteri dia puji saya melangit tetapi selepas itu dia kata saya tak buat apa-apa untuk orang India.”

Dr Mahathir berkata politik MIC telah menjejaskan perwakilan masyarakat itu. Beliau ditanya sama ada akan meminta maaf atas segala masalah yang membelenggu orang India.

Apabila ditanya mengapa beliau tidak cuba memecat S Samy Vellu, Dr Mahathir berkata: “Saya tak masuk campur urusan dalaman parti politik.”

Sekolah Tamil

Dr Mahathir berkata manifesto PH menyediakan bahagian kahs bagi masyarakat India dan sekolah Tamil diletakkan di bawah bahagian berasingan.

“Saya tak boleh bercakap tentang masa dulu, tetapi jika Pakatan Harapan menang, sekolah Tamil akan dijaga dan dana akan disediakan.”

Apabila ditanya mengenai penutupan sekolah-sekolah Tamil semasa beliau jadi perdana menteri, Dr Mahathir berkata beberapa sekolah itu kurang murid dan ada ketika hanya mempunyai seorang murid. – 14 Mac, 2018.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen