PENGGUNA di 1,337 kawasan di Selangor berdepan gangguan air hari ini selepas empat loji rawatan ditutup berikutan pencemaran bau.
Dalam satu kenyataan, Air Selangor berkata ia terpaksa menutup loji rawatan - LPA Rantau Panjang, LPA Fasa 1 Sungai Selangor, LPA Fasa 2 Sungai Selangor, dan LPA Fasa 3 Sungai Selangor - selepas pencemaran dikesan.
Menurutnya lapan daerah terjejas akibat penutupan itu.
Kawasan terjejas yang dijangka terjejas ialah Petaling yang melibatkan 370 kawasan, Kuala Selangor (280), Gombak (279), Klang/Shah Alam (189), Kuala Lumpur (186), Hulu Selangor (30), dan Kuala Langat (3).
Air Selangor berkata maklumat terkini mengenai situasi itu akan diberikan melalui media, saluran komunikasi rasminya di media sosial, laman webnya di www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangornya.
Untuk sebarang pertanyaan pengguna boleh menghubungi pusat hubungan Air Selangor di talian 15300. – 12 Februari, 2023.
Komen