RAKYAT Czech mengundi bagi menentukan presiden baharu mereka ketika pilihan raya pusingan kedua berlangsung pada Jumaat.
Jutawan dan bekas perdana menteri Andrej Babis dan bekas jeneral Petr Pavel bertelagah kerana tiada calon memperoleh majoriti yang mencukupi pada pusingan pertama dua minggu lalu, lapor Agensi Anadolu.
Babis memperoleh undian 35.65%, manakala Pavel 34.73%, lapor Prague Morning, memetik keputusan yang diterbitkan oleh Pejabat Statistik Czech, dengan 95% undi dikira.
Ahli ekonomi Danuse Nerudova, satu-satunya calon wanita dalam kalangan lapan pencabar, menduduki tempat ketiga dengan 13.9%. – Bernama, 28 Januari 2023.
Komen