Ukraine larang pegawai kerajaan ke luar negara


Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy melarang pegawai kerajaan ke luar negara untuk bercuti atau sebab lain. – Gambar fail EPA, 24 Januari, 2023.

UKRAINE melarang pegawai kerajaan pergi ke luar negara sama ada untuk tujuan bercuti atau sebarang sebab lain kecuali atas tugasan rasmi, lapor agensi berita Anadolu.

Keputusan majlis keselamatan dan pertahanan negara itu terpakai kepada semua pegawai kerajaan pusat dan kerajaan tempatan yang lain, kata Presiden Volodymyr Zelenskyy pada Isnin.

“Pegawai tidak lagi boleh ke luar negara untuk bercuti atau sebarang tujuan lain kecuali tugasan rasmi kerajaan,” katanya.

Larangan itu juga terpakai kepada kakitangan penguatkuasa undang-undang, penggubal undang-undang, pendakwa raya dan semua kakitangan kerajaan pusat dan negeri.

Zelenskyy juga mengumumkan akan ada rombakan dalam kerajaan. – Bernama, 24 Januari, 2023.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen