Peluru berpandu bedil Kyiv, 8 maut


Pasukan keselamatan Ukraine memadamkan kebakaran kenderaan yang terkena serangan di Kyiv hari ini. – Gambar AFP, 10 Oktober, 2022.

SEKURANG-kurangnya lapan orang terbunuh manakala 24 orang lagi cedera dalam serangan peluru berpandu di daerah Shevchenkivskyi, Kyiv pada awal Isnin, menurut Kementerian Dalam Negeri Ukraine.

Presiden Volodymyr Zelenskyy menggesa rakyatnya untuk kekal berlindung, lapor Agensi Anadolu.

Beberapa letupan kedengaran di bandar Zhytomy, Khmelnytsky, Dnipro, Lviv, Ternopil dan Kyiv di Ukraine sehari selepas Presiden Rusia Vladimir Putin menuduh Ukraine melakukan ‘serangan pengganas’ terhadap Jambatan Kerch.

Media tempatan melaporkan perkhidmatan kereta api metro laluan merah di Kyiv dihenti tugas manakala semua stesen bawah tanah kini berfungsi sebagai tempat perlindungan.

Sementara itu, Kementerian Dalam Negeri Ukraine memaklumkan peluru berpandu membedil laluan agensi keselamatan dan pejabat Presiden Volodymyr Zelenskyy. – Bernama, 10 Oktober, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen