BEKAS angkasawan NASA Buzz Aldrin, 93, berkahwin buat kali keempat, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).
“Saya dengan sukacitanya mengumumkan saya sudah berkahwin dengan kekasih hati saya Dr Anca Faur,” tulis Aldrin di Twitter pada Sabtu.
Majlis perkahwinan itu diadakan secara tertutup di Los Angeles.
Aldrin berkahwin sebanyak tiga kali sebelum ini dan mempunyai tiga orang anak.
Beliau menyertai misi Apollo 11 pada 1969, menjadi individu kedua yang berjaya menjejakkan kaki di bulan selepas Neil Armstrong. – Bernama, 22 Januari, 2023.
Komen