Misi menyelamat mangsa runtuhan salji di Tibet tamat, 28 disahkan maut


Seramai 1,300 penyelamat dan 236 jentera dan kenderaan khas terlibat dalam operasi menyelamat tragedi runtuhan salji di daerah Nyingchi, Tibet. – Gambar Facebook, 21 Januari, 2023.

OPERASI mencari dan menyelamat di lokasi runtuhan salji di Wilayah Autonomi Tibet di barat China sudah pun ditamatkan dan 28 orang disahkan terbunuh, lapor Sputnik, memetik laporan China Central Television (CCTV) pada Jumaat.

Media melaporkan seramai 1,300 penyelamat dan 236 jentera dan kenderaan khas terlibat dalam operasi menyelamat di daerah Nyingchi itu.

Biro Keselamatan Awam daerah Medog menerima panggilan kecemasan pada petang Selasa.

Runtuhan sajli menghalang pintu masuk ke terowong di lebuh raya yang menghubungkan daerah Medog dan Mainling menyebabkan orang ramai dan kereta terperangkap di dalam terowong itu. – Bernama, 21 Januari, 2023.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen