China sekat 2 warga AS berkait dakwaan hak asasi terhadap Tibet


Kesemua aset dua individu tersebut di China akan dibekukan. – Gambar AFP, 23 Disember, 2022.

CHINA menyekat dua warga Amerika Syarikat (AS) sebagai tindak balas terhadap sekatan AS ke atas dua pegawai China pada 9 Disember atas dakwaan isu hak asasi manusia berkaitan Tibet.

Selaras Undang-undang Anti-Sekatan Asing China, pihak China memutuskan untuk mengambil sekatan timbal balik terhadap Miles Maochun Yu dan Todd Stein, menurut Kementerian Luar pada Jumaat, lapor Xinhua.

Semua aset mereka di China akan dibekukan. Mana-mana organisasi atau individu di China dilarang  terlibat dalam transaksi dengan mereka.

Kedua-duanya serta ahli keluarga terdekat mereka dilarang memperoleh visa atau masuk ke China, menurut kementerian itu.

Sekatan itu berkuat kuasa pada Jumaat. – Bernama, 23 Disember, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen