PARTI Bangsa Malaysia (PBM) Pahang mengumumkan pembubaran jawatankuasa negeri dan lapan bahagian yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan.
Ketua Penerangan PBM Pahang Mohd Faizal Helmi memaklumkan keputusan itu dibuat selepas dipersetujui sebulat suara dalam mesyuarat khas majlis pimpinan parti yang berlangsung hari ini.
“Pembubaran ini dibuat berikutan rasa kecewa dan hilang kepercayaan kepada Presiden PBM (Larry Sng) yang memungkiri janji memberi laluan kepada pengasas PBM (Zuraida Kamaruddin) untuk memimpin parti,” katanya.
Lapan bahagian yang dibubarkan adalah Raub, Indera Mahkota, Kuantan, Paya Besar, Temerloh, Bentong, Bera dan Rompin.
Mohd Faizal berkata, pembubaran itu dimaklumkan dalam surat PBM Pahang yang ditandatangani oleh naib pengerusi Dasimah Zainudin kepada setiausaha agung parti. – Bernama, 14 Januari, 2023.
Komen