PERHIMPUNAN Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) menerima pakai bajet berjumlah AS$3.39 bilion untuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi 2023, Jurucakap Presiden Abdulla Shahid pada Perhimpunan Agung Sesi ke-76, Paulina Kubiak memberitahu Sputnik.
“UNGA menerima pakai belanjawan berjumlah 3,396,308,300 untuk tahun depan,” kata Kubiak pada Jumaat.
Pada 2022, bajet PBB berjumlah AS$3.12 bilion.
Pada awal Disember, PBB merayu untuk mendapatkan jumlah pembiayaan kemanusiaan (AS$51.5 bilion, atau 25 peratus lebih tinggi daripada 2022) untuk tahun depan, sambil menyatakan bahawa 230 juta orang di 70 negara memerlukan bantuan – peningkatan sebanyak 65 juta orang berbanding 2022. – Bernama, 31 Disember, 2022.
Komen