Raja Charles sambut Krismas di Sandringham


Raja Britain Raja Charles III Raja Permaisuri akan berada di kediaman diraja di Sandringham pada Krismas, sekali gus menandakan kembalinya istiadat tradisional diraja. – Gambar AFP, 25 Disember, 2022.

RAJA Britain Raja Charles III akan menyambut krismas di kediaman diraja di Sandringham buat kali pertama sejak kemangkatan Ratu Elizabeth, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

Raja Charles dan Raja Permaisuri akan berada di kediaman itu pada Krismas sekali gus menandakan kembalinya istiadat tradisional diraja.

Pasangan diraja itu juga akan menghadiri upacara keagamaan di Gereja St Mary Magdalene bersama-sama kerabat diraja yang lain.

Sambutan perayaan itu adalah yang pertama di Sandringham sejak 2019 selepas kemangkatan Ratu pada September.

Anakanda dan cucuanda baginda juga akan bersama-sama meraikan perayaan itu.

Kediaman Sandringham yang telah menjadi rumah persendirian untuk empat generasi kerabat diraja Britain selama lebih 160 tahun itu kini diwarisi Raja Charles. – Bernama, 25 Disember, 2022.          



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen