Umno tolak kerajaan perpaduan dengan Perikatan


UMNO tidak akan menyertai kerajaan yang diterajui Perikatan Nasional (PN), umum setiausaha agungnya Ahmad Maslan.

Perkara itu diputuskan sebulat suara dalam mesyuarat khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno malam tadi, katanya dalam kenyataan.

Keputusan itu juga selepas memperhalusi segala butiran perbincangan yang telah dijalankan oleh Jawatankuasa Perundingan Barisan Nasional (BN) dengan Pakatan Harapan (PH) dan PN, tambah beliau.

“MKT secara sebulat suara memutuskan untuk menyokong dan menjunjung titah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong supaya Barisan Nasional menyokong dan mengambil bahagian dalam kerajaan perpaduan yang bukan diterajui oleh Perikatan Nasional bagi memastikan sebuah kerajaan yang stabil dan makmur dapat dibentuk.

“MKT juga bersetuju semua wakil-wakil parti yang memenangi kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15, mematuhi dan menerima sebarang bentuk kerajaan perpaduan atau lain-lain bentuk kerajaan yang bakal dimasyhurkan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong,” kata Ahmad. 

Beliau selain itu berkata MKT juga memperkukuhkan sokongan terhadap Ahmad Zahid Hamidi untuk terus kekal sebagai presiden parti itu serta menerajui Barisan Nasional (BN).

Dalam kenyataannya malam tadi, Ahmad turut umum Umno akan mengadakan perhimpunan agung bagi tahun ini pada 21-24 Disember.

Yang di-Pertuan Agong  Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah akan mengadakan mesyuarat khas Raja-Raja Melayu pagi ini (Khamis) berhubung isu pelantikan perdana menteri kesepuluh dan pembentukan kerajaan.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja  Istana Negara Ahmad Fadli Shamsuddin dalam kenyataan semalam berkata, pertemuan jam 10 pagi itu bagi mendapatkan pandangan Raja-Raja Melayu bagi tujuan tersebut.

Mesyuarat itu bagi memecahkan kebuntuan kerana masih tiada ahli Dewan Rakyat mendapat kepercayaan majoriti mudah untuk dilantik sebagai perdana menteri.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 minggu lepas, Pakatan Harapan (PH) menang 83 kerusi, diikuti PN yang memperoleh 73 kerusi manakala BN hanya menang 30 kerusi. – 24 November, 2022. 


 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen


  • This is a post of goodwill and recommendation. I came across a hacker who was able to recover my lost investment from a dubious cryptocurrency website. I was contacted by this lady on Telegram, she deceived me into believing she has made hundreds of thousands of dollars from Bitcoin, Ethereum, Dogecoin and other coins. I contacted the investment company, I invested but i couldn't withdraw, i was told to invest more so i can access my btc but the more i invest, the more i couldn't withdraw or access my investment. A cyber geek I found online here helped me gain access to my investment wallet and was able to recover my investment for me. ([email protected])(WhatsAPP +1 (252)512-0391) Attached is their contact.

    Dimuat naik 3 hari yang lalu oleh Joan Spenzer · Ulasan