SPR umum 112 kerusi, tiada gabungan mampu bentuk kerajaan secara sendiri


BERDASARKAN kepada keputusan 112 kerusi Parlimen yang diperoleh setakat 12.15 malam tadi, gabungan Perikatan Nasional (PN) memperoleh sebanyak 35 kerusi, diikuti rapat gabungan Pakatan Harapan (PH) dengan 33 kerusi.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Abdul Ghani Salleh ketika mengumumkan keputusan itu berkata PN memperoleh jumlah kerusi berkenaan menerusi PAS yang mendapat 18 kerusi manakala Bersatu memenangi 17 kerusi.

PH memenangi 28 kerusi dan lima kerusi lagi disumbangkan oleh parti komponennya, DAP di Sarawak (empat kerusi) dan Muda (satu kerusi).

Abdul Ghani berkata baki 44 kerusi lagi dimenangi oleh Gabungan Parti Sarawak (GPS) dengan 20 kerusi, Barisan Nasional (BN) (16), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) (empat), Parti Warisan Sabah (Warisan) (dua) manakala Parti Bangsa Malaysia (PBM) dan calon Bebas masing-masing menang satu kerusi Parlimen.

Ini menjadikan 112 kerusi Parlimen daripada 220 kerusi yang dipertandingkan dalam PRU15 hari ini sudah diketahui keputusannya.

Dua kerusi iaitu Parlimen Padang Serai di Kedah ditangguhkan ekoran kematian  calon PH mendiang M.Karupaiya pada Rabu, manakala Parlimen Baram di Sarawak ditangguhkan ekoran cuaca buruk.

“Keputusan akan diumumkan secara berkala,” kata Abdul Ghani. – Bernama, 20 November, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen