BEKALAN elektrik yang terputus akibat Taufan Ian hampir pulih sepenuhnya di Havana, kata syarikat utiliti itu pada Sabtu, selepas protes malam kedua di sekitar ibu negara Cuba.
Syarikat Union Electrica tidak memberikan angka untuk seluruh Cuba, di mana bekalan elektrik terputus selama 18 jam apabila ribut melanda pada Selasa.
Namun beberapa wilayah terpencil kebanyakannya dilaporkan masih berada dalam kegelapan.
Perkhidmatan Internet terputus pada malam Jumaat ketika rakyat Cuba turun ke jalan raya untuk hari kedua berturut-turut untuk membantah ketiadaan bekalan elektrik. Protes jalanan jarang berlaku di Cuba yang dikendalikan komunis. Perkhidmatan Internet kembali pada Sabtu, menurut pemerhatian AFP.
Protes masih berterusan pada Sabtu di beberapa kawasan kejiranan Havana. Di daerah tengah Vedado, berpuluh-puluh orang keluar sambil memukul periuk dan kuali bagi menuntut pemulihan bekalan elektrik. – AFP, 2 Oktober, 2022.
Komen