Cuba, Florida bersedia hadapi Taufan Ian


Amaran Ribut Taufan Ian telah dikeluarkan di Florida, Amerika Syarikat dan Cuba dengan laporan mengatakan kelajuannya mencecah 155 kilometer sejam membawa bersama tiupan angin kencang. – Gambar EPA, 27 September, 2022.

CUBA mengisytiharkan amaran kecemasan di beberapa wilayah pada Isnin ketika Taufan Ian semakin hampir, dengan Florida turut meningkatkan persiapan menjelang kemungkinan ianya melanda.

Kira-kira 50,000 orang di wilayah Pinar del Rio barat Cuba berpindah ke lokasi yang lebih selamat, 6,000 daripada mereka ke pusat perlindungan kerajaan dan selebihnya ke rumah saudara-mara dan rakan-rakan, kata pihak berkuasa tempatan.

Pusat Taufan Kebangsaan (NHC) Amerika Syarikat dalam masa sama memberi amaran yang Taufan Ian semakin kuat dan boleh melepasi barat Cuba pada lewat Isnin dan awal Selasa.

“Angin maksimum berterusan hampir 155 kilometer sejam dengan tiupan angin lebih tinggi,” katanya, menjadikan Ian sebagai ribut Kategori 2 pada skala Saffir-Simpson.

“Pengukuhan pesat dijangka pada hari berikutnya,” tambah NHC. – AFP, 27 September, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen