Taufan Ian bawa hujan lebat, angin kencang ke barat Cuba 


Kesan tinggalan taufan Ian yang membadai wilayah Pinar del Rio di barat Cuba. – Gambar EPA, 28 September, 2022.

TAUFAN Ian membadai wilayah Pinar del Rio di barat Cuba pada awal pagi Selasa, serta membawa hujan lebat dan angin kencang menuju ke Florida Keys Amerika Syarikat (AS).

Menurut Institut Meteorologi (Insmet) pulau itu, cuaca buruk melanda Isla de la Juventud pada lewat Isnin, hingga mencetuskan kejadian banjir, pokok tumbang dan bekalan elektrik terputus, lapor Xinhua.

Insmet berkata bahawa taufan itu juga mencetuskan ribut dan banjir di zon pantai barat daya Cuba.

Di ibu negara Havana, pembersihan longkang telah dilaksanakan di kawasan terdedah banjir termasuk persiaran tepi pantai bandar itu.

Amaran hujan lebat kekal untuk wilayah barat Matanzas, Mayabeque dan Artemisa, serta wilayah tengah Cienfuegos.

Presiden Cuba Miguel Diaz-Canel mengarahkan kerajaan tempatan untuk bersiap sedia menghadapi ribut.

Ribut berkenaan turut melanda Jamaica dan Kepulauan Cayman. – Bernama, 28 September, 2022.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen