Pound jatuh lagi berbanding dolar AS


Sterling jatuh kepada serendah AS$1.0350 dalam dagangan awal Asia, menurut data Bloomberg, dengan beberapa pengulas memberi amaran ia boleh jatuh setara dengan dolar AS. – Gambar EPA, 26 September, 2022.

POUND menjunam ke paras terendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin susulan ketakutan peniaga terhadap kemelesetan United Kingdom selepas Menteri Kewangan Kwasi Kwarteng mendedahkan belanjawan mini pemotongan cukai yang kontroversi.

Sterling jatuh kepada serendah AS$1.0350 dalam dagangan awal Asia, menurut data Bloomberg, dengan beberapa pengulas memberi amaran ia boleh jatuh setara dengan dolar AS.

Pelabur mula membuang pound pada Jumaat selepas Kwarteng, yang dilantik Perdana Menteri Liz Truss, menetapkan rancangan untuk mengurangkan cukai dalam usaha untuk mengembalikan ekonomi Britain yang lemah. – AFP, 26 September, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen