Kedutaan Iran di Athens dilempar bom buatan tangan


Wanita Iran yang tinggal di Greece memotong rambut mereka sambil memegang sepanduk ketika tunjuk perasaan di Athens. Ia berikutan kematian seorang gadis berumur 22 tahun Mahsa Amini ketika ditahan kerana gagal bertudung. – Gambar EPA, 25 September, 2022.

SATU bom buatan tangan dilemparkan ke atas kedutaan Iran di Athens hari ini, lapor Athens News Agency.

Menurut polis Greece, dua penunggang motosikal tidak dikenali melemparkan senjata itu ke dinding bangunan kedutaan Iran kira-kira jam 1 pagi waktu tempatan.

Tiada kerosakan dilaporkan berlaku.

Pada petang Sabtu, kira-kira 200 orang berkumpul di Dataran Syntagma, pusat bandar Athens untuk mengecam tindakan keras Iran

Ia berikutan kematian seorang gadis berumur 22 tahun Mahsa Amini ketika ditahan polis kerana gagal bertudung.

Kebanyakan wanita Iran memotong rambut mereka sebagai tanda solidariti terhadap Amini, sambil membawa sepanduk bertulis “Mahsa Amini!”. – AFP, 25 September, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen