Switzerland buang 10 juta dos vaksin Moderna


Sebanyak 10. 3 juta dos vaksin Covid-19 jenis Moderna akan dimusnahkan di Switzerland selepas tarikh luputnya tamat minggu ini, kata kementerian kesihatan. – Gambar EPA, 25 September, 2022.

SWITZERLAND akan perlu memusnahkan 10. 3 juta dos vaksin Covid-19 jenis Moderna, selepas tarikh luputnya tamat minggu ini, kata kementerian kesihatan.

Kementerian berkata ia tiada pilihan lain kecuali menghapuskan vaksin itu kerana ia tamat tempoh pada Rabu lalu, menurut Keystone-ATS.

Ia memberitahu agensi berita itu, 2.5 juta dos disimpan di pangkalan logistic tentera dan 7.8 juta dos lagi di depoh simpanan luar di Belgium.

Kementerian mengesahkan laporan awal laman berita Beobachter, yang berkata vaksin yang akan dimusnahkan itu membabitkan nilai AS$285 juta.

Kementerian kesihatan berkata strategi awal pemerolehan vaksin itu ialah mendapatkan dos dengan cepat bagi menangai pandemik Covid-19.

Tempahan dibuat daripada beberapa pengeluar bagi mengelak kebergantungan kepada vaksin yang mungkin tidak berkesan dan mengelak berdepan dengan masalah penghantaran.

Memandangkan vaksin menggunakan teknologi mRNA daripada Moderna dan Pfizer-BioNTech berkesan dalam melawan Covid-19, menyebabkan Switzerland mempunyai lambakan dos vaksin.

Pada Jun, portal berita Swissinfo menganggarkan Switzerland mempunyai lebihan 38 juta dos pelbagai vaksin Covid, yang akan tamat tempoh sebelum akhir tahun.

Switzerland merekodkan 13,556 kematian akibat Covid sejak bermulanya pandemik, dan memberi suntikan vaksin kepada hampir 70% daripada 8.7 juta populasinya. – AFP, 25 September, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen