Tanah runtuh di El Salvador ragut 7 nyawa


Pasukan penyelamat membantu mengeluarkan mangsa yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh yang dicetuskan hujan lebat di El Salvador semalam. – Gambar AFP, 23 September, 2022.

SEKURANG-KURANGNYA tujuh orang maut akibat kejadian tanah runtuh yang dicetuskan hujan lebat di El Salvador semalam, menurut Direktorat Perlindungan Awam negara itu.

Pengarah Sistem Perlindungan Awam Kebangsaan Luis Alonso Amaya berkata dua terbunuh di perbandaran Panchimalco, San Salvador manakala lima sekeluarga iaitu tiga kanak-kanak dan dua dewasa terkorban di perbandaran Huizucar, La Libertad.

Amaya menggesa orang ramai mematuhi arahan berpindah yang dikeluarkan Sistem Perlindungan Awam Kebangsaan, lapor Xinhua.

Negara Amerika Tengah itu mencatat 160 kejadian tanah runtuh dari 1 hingga 21 September.

Hujan lebat pada awal Khamis menyebabkan kejadian tanah runtuh di Panchimalco dan Huizucar dikaitkan dengan gelombang tropika yang melanda wilayah itu. – Bernama, 23 September, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen