Amanah tangguh pemilihan parti ke tahun depan, kata setiausaha agung


PARTI Amanah Negara (Amanah) menangguhkan pemilihan parti yang sepatutnya perlu dibuat hujung tahun ini selama 18 bulan, kata Setiausaha Agungnya Mohd Hatta Ramli.

Mohd Hatta berkata, penangguhan itu membolehkan pemilihan parti berkenaan dilaksanakan selewat-lewatnya April 2024 dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) sudah memberi kebenaran bagi penangguhan itu.

“Ia bagi memberi laluan parti membuat persediaan menumpukan usaha bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15),” katanya di luar Konvensyen Nasional Amanah 2022 di Seremban yang bermula semalam dan berakhir esok.

Pemilihan Amanah pertama kali diadakan pada Konvensyen Nasional Amanah Nasional 2019 dari 6 hingga 8 Disember 2019 di Shah Alam, Selangor bagi memilih Jawatankuasa Nasional Amanah untuk sesi 2019-2022. – Bernama, 17 September, 2022.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen