Kesatuan wartawan bimbang dengan pelantikan editor kumpulan baharu NST


Elill Easwaran

KESATUAN Kebangsaan Wartawan Semenanjung Malaysia (NUJM) menyuarakan kebimbangannya terhadap pelantikan editor kumpulan baharu di New Straits Times (NST).

Setiausaha agungnya Chin Sung Chew berkata penyingkiran editor kumpulan akhbar harian Inggeris Ahmad Lokman Mansor itu mengejutkan.

“...terutamanya dengan laporan yang menyebut pelantikan itu berlaku kononnya kerana campur tangan politik,” kata Chin.

Terdapat juga laporan wartawan tidak berpuas hati dengan hala tuju baharu yang diambil oleh syarikat itu.

Chin menggesa kumpulan media serta pengurusan organisasi itu menangani isu tersebut.

Tambahnya pelantikan itu akan menjadi teruk kerana banyak syarikat media arus perdana telah bankrap pada masa lalu.

“Pemegang saham dan lembaga pengarah perlu segera berjumpa dengan wartawan untuk mengelakkan ketidakharmonian dan konflik selanjutnya,” katanya.

Semalam New Straits Times Press Berhad (NSTP), anak syarikat Media Prima Berhad mengumumkan Farrah Naz Karim telah dilantik ke akhbar harian berbahasa Inggeris NST.

Farrah telah berkhidmat di NSTP dalam pelbagai jawatan sejak 2000 termasuk editor eksekutif, terbaharu beliau telah berkhidmat dengan Media Prima Television Networks sebagai penerbit eksekutif untuk program hal ehwal semasa. – 14 September, 2022.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen