Wartawan Rusia selar pencerobohan ke atas Ukraine ditahan


Wartawan Rusia Marina Ovsyannikova ditahan beberapa hari selepas beliau membuat bantahan secara solo terhadap Presiden Vladimir Putin. – Gambar AFP, 18 Julai, 2022.

POLIS Rusia semalam menahan wartawan Marina Ovsyannikova, yang pada Mac lalu mengecam pencerobohan ke atas Ukraine ketika siaran langsung berita, kata peguamnya.

Ovsyannikova, 44, ditahan beberapa hari selepas beliau membuat bantahan secara solo terhadap Presiden Vladimir Putin berhampiran Kremlin.

Peguamnya, Dmitri Zakhvatov mengesahkan kepada agensi berita Ria-Novosti tetapi di mana Ovsyannikova ditahan.

“Saya syak ia ada kaitan dengan protes beliau,” katanya.

Gambar Marina Ovsyannikova menerjah siaran langsung berita pada Mac lalu tersebar ke seluruh dunia.– Gambar EPA, 18 Julai, 2022.

Mac lalu, Ovsyannikova, editor di stesen televisyen Channel One, ketika siaran langsung berita petang Vremya (Time) meluru masuk ke studio penggambaran sambil memegang poster yang bertulis “No War”.

Gambar beliau menerjah siaran langsung berita itu tersebar ke seluruh dunia.

Jumaat lalu Ovsyannikova memuat naik gambar ke akaun Telegram yang menunjukkan beliau berada berdekatan Kremlin dan sedang memegang sepanduk mengenai kematian kanak-kanak serta menyelar Presiden Putin sebagai seorang pembunuh. – AFP, 18 Julai, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen