Sokongan Majlis MA63 mengenai tuntutan kerusi Sabah, Sarawak diragui


Desmond Davidson

Pemimpin parti politik dan pengamal undang-undang Sarawak tidak yakin sejauh mana kesungguhan Putrajaya merealisasikannya MA63. – Gambar fail The Malaysian Insight, 9 September, 2022.

PENDUDUK Sarawak secara amnya ragu-ragu dengan pengumuman terbaru Mesyuarat Majlis Khas Mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MKMA63) yang ia mengendors permintaan Sarawak dan Sabah untuk mendapatkan semula 35% daripada kerusi Parlimen kepada dua wilayah Borneo itu.

“Apakah penglibatan lanjut yang diperlukan?” soal peguam Francis Teron, mengenai pengumuman Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Maximus Ongkili malam tadi.

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob hari ini memberi komitmen untuk mempertimbangkan permintaan kerusi.

Bagaimanapun, Ongkili berkata “lebih banyak penglibatan” diperlukan dalam kalangan penggubal dan pengamal undang-undang Borneo.

“Saya tidak dapat menjelaskannya. Jika pihak terbabit tidak atau enggan, untuk memahami maksud perkongsian sama rata, (maka Malaysia harus dibubarkan),” kata Teron sambil menuduh majlis MA63 hanya memainkan isu itu untuk mendapatkan sokongan menjelang pilihan raya umum.

Seorang lagi peguam, Timbalan Pengerusi PKR Sarawak, Abun Sui Anyit berkata pengendorsemen yang disertakan dengan kaveat hanya sekadar kata-kata.

“Saya tidak fikir 35% atau satu pertiga daripada kerusi Parlimen Sabah dan Sarawak ini boleh diberi semula sekiranya kerajaan Umno-BN-GPS sekarang ini kembali berkuasa selepas pilihan raya umum.

“(Mereka) sudah diberi masa lebih daripada cukup untuk melaksanakan semangat asal MA63,” katanya.

Abun berkata masa untuk rundingan sudah berakhir dan “semua rakyat Malaysia harus menghormati rangka kerja dan semangat MA63”. – 9 September, 2022.     

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen