2 maut, 5 cedera kejadian tembakan di Virginia, AS


Polis Norfolk masih sedang menyiasat punca kejadian tembakan yang meragut dua nyawa selain mencederakan lima yang lain di timur Virginia pada Ahad. – Gambar Facebook, 5 September, 2022.

DUA orang maut manakala lima lagi cedera dalam kejadian tembakan di Norfolk di timur Virginia, Amerika Syarikat (AS) pada Ahad.

Polis Norfolk memaklumkan pihaknya menerima laporan mengenai insiden tembakan di blok 5000 Killam Avenue sekitar tengah malam dan mendapati empat wanita dan tiga lelaki telah ditembak, lapor Xinhua.

Kesemua mangsa dibawa ke hospital, dan dua daripadanya meninggal dunia akibat cedera parah.

Motif kejadian masih disiasat.

Sekurang-kurangnya 458 kejadian tembakan dilaporkan di AS setakat tahun ini, memetik data terkini Arkib Keganasan Senjata. – Bernama, 5 September, 2022.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen