24 syarikat asing berminat dalam industri petroleum di Sri Lanka 


700 stesen minyak milik kerajaan Sri Lanka menerusi syarikat Ceylon Petroleum Corporation (CPC) boleh diberikan kepada syarikat terpilih untuk menjalankan operasi. – Gambar EPA, 29 Ogos, 2022.

SEBANYAK 24 syarikat asing dari Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi, Amerika Syarikat, China, India, Rusia, Britain, Malaysia, Norway dan Filipina berminat dengan industri petroleum di Sri Lanka, kata Menteri Tenaga dan Tenaga Sri Lanka Kanchana Wijesekera.

Wijesekera pada Ahad berkata kementeriannya telah melantik jawatankuasa untuk menilai pernyataan minat (EOI) yang dikemukakan oleh firma asing, dan proses itu akan dimuktamadkan dalam tempoh enam minggu, lapor Xinhua.

Syarikat-syarikat dari negara pengeluar petroleum dialu-alukan untuk mengimport, mengedar dan menjual produk petroleum di Sri Lanka, katanya.

Menteri itu menambah 700 stesen minyak milik kerajaan menerusi syarikat Ceylon Petroleum Corporation (CPC) boleh diberikan kepada syarikat terpilih untuk menjalankan operasi, dan syarikat terpilih juga boleh menggunakan kemudahan CPC yang lain secara komersil.

Pada masa ini, CPC dan Lanka Indian Oil Corporation dibenarkan untuk mengagihkan bahan api kepada peruncit.

Wijesekera berkata CPC, yang memegang 80 peratus pasaran petroleum runcit, tidak dapat membekalkan bahan api secara berterusan kerana masalah kewangan. – Bernama, 29 Ogos, 2022.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen