Keterlaluan hukum pemilik kelab komedi, kata pelawak


Elill Easwaran

Tindakan DBKL menyenarai hitam nama pemilik Crackhouse Comedy Club daripada mendaftarkan sebarang perniagaan di Kuala Lumpur seumur hidup keterlaluan, kata sekumpulan pelawak. – Gambar fail The Malaysian Insight, 19 Ogos, 2022.

KEPUTUSAN Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membatalkan lesen perniagaan Crackhouse Comedy Club serta menyenarai hitam nama pemiliknya adalah hari gelap bagi industri komedi di negara ini, kata sekumpulan pelawak.

Kata mereka, tindakan yang dikenakan ke atas kelab komedi itu dan pemiliknya Rizal Van Geyzel juga bermakna mengecilkan ruang untuk pelawak tempatan mengetengahkan bakat.

Rabu lalu, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Jalaluddin Alias dilapor media berkata DBKL telah membatalkan lesen perniagaan Crackhouse Comedy Club dan menyenarai hitam pemiliknya selama-lama daripada mendaftarkan perniagaan di Kuala Lumpur berkuat kuasa 30 Julai.

Kelab itu terseret dalam kontroversi selepas seorang wanita membuat persembahan yang mencetuskan suasana tidak harmoni apabila menanggalkan baju kurung dan tudung serta menghina Islam, selain tidak mempunyai lesen hiburan.

Shamaine Othman, 38, yang pernah membuat persembahan di Crackhouse Comedy Club memberitahu The Malaysia Insight, tindakan DBKL itu begitu mengecewakan.

“Ia kelab komedi yang pertama di Asia yang berdedikasi, yang menyediakan pentas kepada begitu ramai pelawak tempatan dan antarabangsa membuat persembahan.

“Di kelab inilah pelawak tempatan mengasah bakat sehingga persembahan mereka dibawa ke Netflix dan festival komedi besar seperti Just For Laughs dan Melbourne International Comedy Festival. Bayangkan apa jadi kalau kita tutup tempat Lee Chong Wei atau Nicol David berlatih,” katanya.

Tindakan DBKL menghukum pemilik Crackhouse Comedy Club, Rizal, dengan menyenarai hitam namanya daripada mendaftarkan sebarang perniagaan di Kuala Lumpur seumur hidup juga keterlaluan, tambah Shamaine.

“Sekalipun ada masalah lesen, takkanlah tidak ada cara lain?” soalnya.

Beliau bagaimanapun berkata apa yang berlaku ke atas Crackhouse tidak akan menghalang pelawak mencari jalan untuk membuat persembahan.

Mereka hanya perlu mendapatkan lesen dan pada masa yang sama berwaspada dengan memastikan setiap persembahan tidak mencetuskan kontroversi, katanya.

Lebih banyak persembahan komedi

Pelawak Harresh A.U, 31, berkata nasib yang menimpa sejak kebelakangan Crackhouse Comedy Club tidak mematahkan semangat penggiat seni komedi, malah semakin banyak persembahan komedi diadakan.

“Lebih banyak berbanding sebelum ini.

“Kami mahu semua orang faham kami hanya menghibur, bukan mahu menghasut kekacauan,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Mengulas hukuman ke atas Rizal, Harresh berkata tindakan DBKL itu melanggar hak asasi manusia. – 19 Ogos, 2022.  

Berita penuh di sini



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen


  • Im very excited to inform everyone that Im completely cured from HSV1&2 recently. I have used Oregano oil, Coconut oil, Acyclovir, Valacyclovir, Famciclovir, and some other products and its really help during my outbreaks but I totally got cured from HSV1&2 with a strong and .active herbal medicine ordered from a powerful herbalist called Dr Ishiaku and it completely fought the virus away my nervous system and I tested negative after 14 days of using the herbal medicine. Im here to let everyone know that herpes virus has a complete cure, I got rid of it with the help of Dr Ishiaku and his herbal exploit. Contact him via email: [email protected] or WhatsApp him at +2348180828544.

    Dimuat naik 1 tahun yang lalu oleh Nobert Lauren · Ulasan