SEBUAH jambatan kayu runtuh di selatan Norway pada Isnin, menyebabkan sebuah kereta dan trak terbabas ke dalam sungai, kata polis.
Jambatan dua lorong itu telah dirasmikan pada 2018 dan mempunyai panjang 148 meter (485 kaki) dan lebar 10 meter. Ia juga mempunyai laluan pejalan kaki.
“Jambatan Tretten dilaporkan runtuh. Sebuah trak dan sebuah kereta penumpang dikatakan telah masuk ke dalam air,” kata polis tempatan menerusi Twitter.
Mereka berkata tidak jelas jika ada orang yang cedera dan menambah bahawa pekerja penyelamat telah dihantar ke tempat kejadian di sungai Gudbrandsdalslagen. – AFP, 15 Ogos, 2022.
Komen